Tuesday, August 18, 2009

SURVEY!!

Update: SURVEY INI AKAN DITUTUP PADA JAM 11.59 P.M 25HB OGOS 2009.
Hanya tinggal beberapa jam saja lagi. Sila maklumkan kepada rakan-rakan yang belum tau tentang ini. Terima kasih.

 

Assalamualaikum wbt kepada semua exSmachian99 dan sesapa saje yang menjengok masuk ke blog ini..

Sudah lama saya tak update blog ni. Sangat² bizi dengan kerja ofis, rumah & bisnes (hint kepada siapakah admin sebenar? =p )

Sekarang saya tengok sudah kurang yang datang menjengok ke blog kita ni. Kenapa ye??

So untuk tau KENAPA & juga pendapat dari anda semua bagaimana nak tarik balik kawan² kita datang ke blog ini & bagi lebih happening, silalah jawab SURVEY ini..

Saya harap semua kawan² dapat memberikan jawapan yang jujur & tak main². (Sorry kalau ayat tu agak ‘kasar’, tapi saya betul² berharap dapat respon membina dari anda semua).

Dari jawapan survey ini, mungkin akan ada POLL untuk kita mengundi apakah yang terbaik untuk blog ini lebih bertenaga semula. Tetapi semuanya terpulang pada anda semua, saya hanya tolong menyediakan medium atau perantara untuk kita saling berhubung, tetapi kalau taknak guna pun takpe. (merajuk?) hehe.

Sekali lagi minta jasa baik semua kawan-kawan SMACH Batch 99 respons untuk survey ini (untuk batch lain pun dialu-alukan)

Saya dahulukan dengan jawapan Terima Kasih kepada semua.

Admin,
exSmachian99.blogspot.com

P/S: Kalau tak boleh open link Survey kat atas, copy & paste ni http://surveys.polldaddy.com/s/A0D40AD25650A0F9/
atau klik je gambar kat bawah.

Mari mari kita jawab survey!

survey

No comments: