Monday, April 6, 2009

Monthly Featured Smachian : April 2009

Salam semua

Mulai bulan ini, kita akan membuat satu ruangan ‘Monthly Featured Smachian’ yang mana setiap seorang dari kita akan diwartakan dalam ruangan ini untuk update kepada rakan2 semua.

Kepada yang berminat untuk menjadi monthly featured, sila emel kepada admin dan kami akan membuat email interview.

Featured pertama untuk kesekian kalinya, dan untuk bulan April ialah….

New Mama…. Yati CA!

Yati kini sedang berpantang di kampungnya. Baby, Naurah Adni (dalam gambar kini dah sebulan lebih umurnya.

Yati tinggal dan bekerja nun jauh di selatan, Sesiapa yang tinggal di Johor dan area berdekatan, bolehlah membuat reunion dengan Yati.

Berikut adalah interview dengan Puan Yati:

A : admin Y : Yati

A : Apa khabar Puan Yati?
Y : Alhamdulillah, sihat. Cuma agak penat sedikit, maklumlah masih dalam tempoh penyesuaian menjadi seorang ibu.

A : Bolehkah anda ceritakan serba sedikit tentang pengalaman anda menjalani kehidupan baru?
Y : Ya, seperti ibu-ibu lain juga, sekarang hidup saya berubah 180 darjah, dengan adanya seorang anak yang perlu diberi perhatian sepenuhnya, suami yang tinggal berjauhan. Jadi, semuanya pengalaman baru bagi saya. Tambahan pula saya menyusui baby, bertambah lagi pengalaman baru yang saya lalui.

A : Mungkin anda mahu kongsikan tentang bayi anda yang baru lahir tu?
Y : Baby namanya Naurah Adni bt Kamsuri, dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 26 Februari lalu. Seorang bayi yang cerdik dan sihat, serta disusukan secara eksklusif.

A : Lahir di JB? Jadi sebenarnya anda sekeluarga tinggal di mana?
B : Saya tinggal di Johor sejak bekerja 4 tahun lalu.

A : Bekerja di syarikat apa?
Y : Saya bekerja di Todenko (m) sebagai QA/QC officer.

A : OK la Yati, sebelum kita menamatkan interview ini, apakah harapan peribadi anda?
Y : Sebagai seorang ibu, saya berharap agar anak saya, Naurah akan menjadi seorang anak solehah yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

A : Bagaimana pula harapan anda terhadap blog ini?
Y : Semoga blog ini terus menjadi medium jalinan silaturrahim antara kita semua. Harapnya lebih ramai yang menjenguk ke blog ni.

A : Kata-kata terakhir?
Y : Buat semua kawan-kawan, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!

Begitulah berakhirnya temuramah dengan YatiCA. Jadi kita akan kembali dengan Featured Smachian bulan Mei pula. Siapa? Tungguuuu..!!!

1 comment:

pataniah said...

Askum teman2..
Mari kita berkongsi belajar tentang Breast Self Examination (BSE)
Specially dedicated to all ladies and not least 4 guys...as the number of cases arise, I think it is essential 4 us to know about the disease and learn the first way to detect it. So admin, is this can be proceed?