Tuesday, March 3, 2009

Bowling Update v1

Copy from blog one of our bowler - Yong

Monday, March 2, 2009

Bowling Alumni Smach 2009 -28 Februari 2009, pusat bowling Alamanda-

Kejohanan bowling anjuran alumni SMACH cukup meriah dan cukup mengujakan. Ye la, aku siap amik cuit hari Jumaat, semata-mata xmau lewat ke lokasi pertandingan hinggakan menjadi peserta terawal tiba di tempat kejadian. Semangat bangat!Pemain-pemain lain yang berjaya dihasut untuk sama-sama berkenalan dengan team2 SMACHIAN (mostly seniors) adalah Suria Hazlin, Mas Ayu dan En Fahmi yang dilantik untuk mengepalai pasukan kami.

Team 99, diletakkan di lane nombor 9, bersebelahan team 87, di lane nombot 10. Kami yang amatur agak kecut perut melihat team2 senior yang bertenaga dan profesional. Siap bawak 2 biji bola bowling sendiri tu! Berkilat lagi. (dalam hati berharap, lane 9 utk team 99 bakal membawa tuah dan mencipta sejarah). Tapi, dengan kehadiran penyokong-penyokong setia, kami tetap bertekad untuk menggelek bola jauh dari longkang.

Pada mulanya, kami hanya saling jeling menjeling dan pandang memandang ke arah team senior. Nak tegur masih malu-malu. Lama-lama sikit dah mula senyum-senyum. Akhirnya, sebelum wisel perlawanan bermula, diorang bisik2 kat kitorang. "Jangan main sungguh-sungguh sgt, respek la sket kat team senior, kalo nmpk jauh kami tertinggal tu, slow down la ye...", begitula lebih kurang bunyi ayatnya... ehehehe..

(Fahmi, cepat la post gmbr kat aku, nk wat citer bergambar..baru la bermakna)Bersambung slps gmbr smpi ke inbox aku...

Posted by ~masalifah~ at Monday, March 02, 2009

No comments: